SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI HOKI MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saturday 20 April 2013

MESYUARAT PTPS HOKI MSSM BIL. 1/2013

Mesyuarat Pengerusi Teknikal Dan Pembangunan Sukan Hoki MSSM Bilangan 1/2013, berlangsung pada 17 hingga 19 April 2013 bertempat di Permaisuri MITC Hotel Melaka. 

 17 April 2013 – Ahli Mesyuarat mendaftarkan diri di Permaisuri MITC Hotel Melaka pada pukul 3.30 petang. Mesyuarat hari pertama ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. 
8 April 2013 - Mesyuarat hari kedua bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pada jam 2.30 petang, semua ahli mesyuarat bergerak ke venue pertandingan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Stadium Hoki MBMB dan SMK. Tinggi Melaka membuat lawatan tapak menggunakan sebuah bas yang disediakan oleh Unit Sukan Melaka. Pada jam 8.30 malam, semua ahli mesyuarat bergerak ke Medan Ikan Bakar, Muara Sungai Duyung untuk makan malam bersama Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Dato’ Nur Azmi Ahmad. 



19 April 2013 - Mesyuarat hari ketiga bermula jam 8.30 pagi, diikuti dengan undian acara berpasukan hoki MSSM 2013. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.



No comments:

Post a Comment